Bongkak betul bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak akan menang di Kelantan yang telah didominasi PAS selama lebih 22 tahun.
Wan Abdul Rahim bagaikan Tuhan berkata bahawa biarpun Kerajaan Pusat menjanjikan pembinaan lebuhraya berjaya merampas Kelantan, rakyat di negeri Serambi Mekah itu tidak akan sekali-kali menyokong BN.
“Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan,” katanya di Parlimen baru-baru ini.
Sungguh saya tidak hairan dengan kenyataan sebongkak ini memandangkan Firaun juga dulu pernah menegaskan bahawa kerajaan miliknya takkan tumbang sebelum musuh Allah itu dikalahkan oleh seekor nyamuk!
Suka saya ingatkan kepada Ahli Parlimen Kota Bharu itu bahawa BN dulu tidak pernah bongkak begitu meskipun telah mentadbir negara ini dengan cemerlang sejak merdeka dulu.
Meskipun sering disabotaj, dikutuk, difitnah, ditohmah dan diburuk-burukkan oleh pihak pembangkang setiap hari siang dan malam, Kerajaan BN tetap memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa atau budaya.
Pun begitu, sekurang-kurangnya BN redha dengan ketentuan Allah SWT setelah kehilangan Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pada PRU ke-12 yang lalu tanpa menyalahkan SPR.
Lagipun, BN bukanlah bersifat tidak dapat menerima qadha dan qadar Allah seperti Pakatan Haram yang menyalahkan SPR serta ramai pihak lain setiap kali mereka kalah pilihanraya, kan?
Berbalik mengenai kenyataan Wan Abdul Rahim itu, apakah dia fikir rakyat Kelantan itu semuanya menyokong PAS dan Pakatan Haram?
Apakah dia cuba menafikan hak rakyat Kelantan lain yang selama ini menyokong BN dan begitu setia memberikan undi mereka kepada calon BN para setiap kali pilihanraya?
Dengan undi tersebut, apakah Wan Abdul Rahim fikir bahawa para penyokong BN di Kelantan redha dengan pemerintahan Nik Abdul Aziz yang memperdagangkan syurga dan agama Allah di bumi Serambi Mekah itu?
Suka saya ingatkan Wan Abdul Rahim supaya tidak terlalu bongkak di bumi Allah kerana masih ramai lagi rakyat Kelantan yang celik dan sedar betapa teruknya PAS mentadbir negeri itu!
Sila rujuk kepada rekod-rekod pentadbiran negeri Serambi Mekah itu di mana sarang pelacuran begitu berleluasa tidak jauh dari pejabat Menteri Besar yang kononnya seorang “pemimpin spiritual” yang hebat!
Lihat saja bagaimana Rantau Panjang menjadi “jambatan maksiat” dan bagaimana negeri itu mencatat hatrik sebagai juara pengidap AIDS selama tiga tahun berturut-turut!
Bagaimanapula dengan ekonomi Kelantan yang statik, tidak berkembang dan berada di takuk lama sedangkan Rasulullah SAW dahulu merupakan seorang peniaga yang hebat dan mampu mengembangkan ekonomi umat Islam dengan bijak.
Yakin sangatkah Wan Abdul Rahim tentang kekuasaan PAS di Kelantan?
Apakah dia fikir Allah SWT tidak mampu mengembalikan negeri Serambi Mekah itu kepada BN nanti?
Sekiranya Allah SWT mentakdirkan Kelantan berjaya dirampas kembali oleh BN pada PRU ke-13 nanti, dimanakah Wan Abdul Rahim mahu letak muka? Bolehkah rakyat Kelantan ludah mukanya ketika itu?
Rasanya tidak perlulah Wan Abdul Rahim berkelakuan seperti budak-budak. Lebuhraya yang dijanjikan itu sebenarnya memang berada di dalam perancangan Kerajaan Pusat.
Kerajaan PAS Kelantan saja yang tergedik-gedik mahu mempolitikkan isu lebuhraya itu. Kononnya mengutip derma untuk membina lebuhraya dan siapa yang menderma akan mendapat pahala. Memanglah!
Tapi, bagaimana pula dengan pahala Kerajaan BN yang telah membina leburaya dari utara sehingga ke selatan tanahair? Bagaimana pula pahala BN yang telah membina leburaya karak ke pantai timur? PAS berani nafikan pahala Kerajaan BN itu?
Kalau membina lebuhraya itu tanggungjawab Kerajaan Pusat, cuba lihat betapa banyaknya kerajaan di negara-negara lain yang tidak membina lebuhraya di negara mereka dan apakah kerajaan itu zalim?
Harapnya Wan Abdul Rahim menggunakan akal yang diberikan Allah sebelum berbicara. Bukan apa, terlajak perahu mungkin boleh diundur lagi, namun terlajak kata maka tanggunglah malu itu seumur hidup, kan