Translate

10/11/2012

Bedah Kecewa Nurul Izzah Takut Terus Terang?

bedah
Saya yakin bahawa ramai pak-pak lebai PAS yang terangkat kopiah putih mereka melihat seorang wanita, Siti Zabedah Kasim, yang merupakan salah seorang ahli Majlis Peguam begitu kecewa dengan putar belit “anak papa” yang menarik balik sokongan terhadap “kebebasan agama”.

Siti Zabedah yang berambut “blonde” dan begitu “terbuka” berpakaian seksi itu pastinya akan menjadi “ikon” di kalangan golongan yang berfahaman liberal serta menyokong umat Islam di negara ini untuk keluar dari Islam.

Dan tindakan Nurul Izzah yang memutar kata 180 darjah dan menarik balik kenyataannya di sebuah forum yang diadakan di Petaling Jaya itu jelas menyebabkan dia marah sehingga meluahkan kekecewaannya itu kepada media.

Betul juga kata Bedah. Mengapa perlu Nurul Izzah menarik balik dan memutar belitkan lidah tentang kenyataannya itu setelah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berterus-terang di majlis forum tersebut?

Apa salahnya dengan kenyataan Nurul Izzah itu? Bukankah ia adalah salah satu bukti yang menunjukkan bahawa negara ini mengamalkan kebebasan bersuara?

Menariknya, Bedah “seksi” menempelak Naib Presiden PKR itu dengan menyatakan bahawa sebagai pemimpin dia perlu berpegang kepada kebenaran dalam menyatakan prinsipnya sebagai ahli politik.

Peliknya, Nurul Izzah tidak berani mempertahankan kenyataannya yang mencetus kontroversi itu dan menyebabkan Bedah meradang serta menyatakan bahawa dia memerlukan seorang ahli politik yang bersifat boleh terus-terang tanpa berdolak-dalih.

Lebih ironik, Bedah juga menjelaskan bahawa dia pernah bertanyakan “papa” Nurul Izzah iaitu Anwar Ibrahim tentang soalan yang sama.

Malang bagi Bedah apabila “papa” Nurul Izzah itu awal-awal lagi mengelak dan memberikan jawapan yang “berpusing-pusing” serta tidak berani berterus terang secara terbuka.

Persoalannya, apakah Bedah tahu bahawa dia sebelum ini telah bertanyakan soalan kepada “sesumpah” dan “anak sesumpah”? Mereka boleh “bertukar warna” dalam sekelip mata dan mampu berputar berpusing melawan arah jam pada bila-bila masa mengikut keadaan.

Bedah perlu tahu bahawa “sesumpah” itu pernah berbohong di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan para pemimpin di negara “Uncle Sam” itu menggelarnya sebagai “charmeleon” kerana begitu licik sehingga berjaya melepaskan diri begitu saja.

Dalam mengutarakan sebarang kenyataan, selalunya Anwar dan Nurul Izzah pada mula akan mengutarakan pandangan mereka yang sebenar. Namun jika kenyataan itu dilihat mampu menjejaskan kepentingan mereka, mereka boleh putar belit ikut suka mak bapak mereka!

Contohnya, Anwar pernah menyatakan sokongannya terhadap Israel dan mengiktiraf negara itu serta menegaskan bahawa Malaysia tidak mustahil untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara Zionis itu jika dia berjaya menjajah Putrajaya.

Pendirian Anwar itu dipuji banyak media di Israel dan ramai yang percaya “papa” Nurul Izzah itu berjaya membawa pulang dana berbilion USD dari proksi-proksi Israel.

Bagaimanapun, setelah kenyataan Anwar itu dikecam oleh umat Islam di seluruh dunia (kecuali orang PAS!), Anwar telah bertindak memutar belitkan kenyataannya itu, malah menuduh UMNO dan media sengaja memutar belitkan kata-katanya!

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia tidak malu berketuakan seorang penyokong Zionis Israel, pembohong nombor wahid dan pemutar alam bertaraf antarabangsa seperti “papa” Nurul Izzah itu?

Dan kini jelaslah bahawa sikap jijik dan menjelekkan itu diwarisi oleh anak sulungnya, Nurul Izzah, yang kelam-kebut menjawab kontroversi yang dicetus tentang sokongannya terhadap memberi kebebasan kepada umat Islam berumur 18 tahun untuk murtad.

Apakah kini Bedah sudah celik? Rasanya tidak. Mungkin dia akan celik dan menyedari “warna sebenar” Anwar dan Nurul Izzah. Namun saya fikir bahawa mungkin Bedah belum celik tentang hukum hakam agama, sama seperti dua beranak tersebut.

Pada saya, saya hanya mampu mendoakan agar Bedah, Anwar dan Nurul Izzah diberi hidayah oleh Allah SWT dan semoga mereka kembali ke pangkal jalan…

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...