Setiap barangan elektrik pasti ada kebarangkalian rosaknya. Sudahkah Sinar Harian membuat analisa berapa banyak netbook 1Malaysia yang telah rosak keseluruhannya berbanding beratus ribu yang diberikan secara percuma kepada seluruh Rakyat terutama di kalangan pelajar.
Sinar Harian seharusnya mengambil kira kebarangkalian kesilapan teknikal produk sebelum memaparkan di muka hadapan. Apakah dengan kes terpecil beberapa buah netbook berpuluh ribu unit yang dikeluarkan wajar di letakkan di muka hadapan surat khabar dan di eksploitasikan semaksimumnya?
Nama pun barangan percuma. Kalau hendak yang berkualiti dan berkapasiti tinggi tidak ada siapa yang menghalang untuk mana-mana pelajar membelinya.
Apakah jaminan netbook 1Malaysia yang diberitakan dipasang di China dan di Taiwan ini tidak berkualiti?
Samsung Galaxy Tab 7.0 kepunyaan CTS telah rosak selepas seminggu dibeli. Apabila dihantar ke pusat servis, CTS mendapat gantian secara percuma.
Apakah Sinar Harian tidak mahu melakukan liputan terhadap isu ini? Sinar Harian sejak akhir-akhir ini bijak memanupulasikan pasaran. Sinar Harian seperti lalang yang mengikut arah agar perniagaan mereka sentiasa hidup.
Jadi tidak hairanlah suara mereka tidak ubah seperti Suara Keldaian dan Haprakdaily. Mungkin Sinar Harian ketandusan isu untuk memburuk-burukan Kerajaan sehingga isu "basi" ini hendak disensasikan.
Sumber:khairulryezal