Mungkin tajuk di atas membuat anda
tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan itu dan di mana dia menjadi model
bogel negara yang pertama?
Oklah, namanya ialah Christy Yow yang berasal
dari Ipoh, Perak.
Sebelum ini dia merupakan model untuk jenama
pakaian Crocodile.
Mula menjadi model pada usia 19 tahun ketika
mengikuti jurusan penyiaran di Kolej Tuanku Abdul Rahman.
“Namun saya tidak menjangkakan akan menjadi
model sepenuh masa. Saya ingat saya akan lebih banyak berkerja di belakang
tabir memandangkan saya adalah pelajar bidang penyiaran,” katanya dipetik media
baru-baru ini.
Christy asalnya ke Singapura untuk menjadi
pramugari Penerbangan Singapura tetapi gagal dalam pusingan pertama lagi.
Dia berbogel untuk majalah F*** (Film, Fame
& Frank) di negara berkenaan.
Dia dikenali dengan nama samaran 36C Christy,
sempena saiz dadanya yang besar.
Christy juga dilabel sebagai bakal menjadi
simbol seks Asia yang baru.
Setakat ini dia juga sudah berlakon tiga buah
filem di republik itu dan dikatakan antara pelakon pilihan untuk membawa watak
Rose Chan dalam filem arahan pengarah Singapura, Eric Khoo.
Rose Chan adalah penari bogel pertama di negara
ini dan negara jiran pada tahun 50-an hingga 70-an.
MI...harap peminat model sambilan yang pijak gambar PM tak sawan
;)
Sumber:pemikirpolitik