Jumaat, 27 Julai 2012

SELANGOR DAN P/PINANG DAH UMUM BONUS HARI RAYA, KELANTAN BILA ???

Pulau Pinang: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600

Lim Guan EngGEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa).

Beliau berkata, mesyuarat exco hari ini meluluskan cadangan pemberian bonus kepada 3,780 pegawai perkhidmatan awam melibatkan kos RM3,983,489,45.

“Pemberian ini juga melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya pada sidang media.

Selangor: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor  bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk  Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.

“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan. Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, Kerajaan Negeri berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi  masa depan.

KELANTAN BILA ????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...