Translate

27/07/2012

Pakatan Haram tersenyum, Bersih Sah di sisi undang-undang ???

bersihcv513
Bersih 'sah'...satu lagi lambang kebebasan mahkamah

Kalau nak ambil contoh ia boleh diibaratkan macam seorang pemandu ada lesen sah tetapi langgar lampu isyarat di jalanraya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Selasa isytihar Bersih satu badan yang sah sekalipun tidak berdaftar mengudang pelbagai reaksi.

Yang pasti aktivis Bersih tentu bersorak riang ria menyambut keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Rohana Yusof mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai 2011 menjelang Bersih 2.0 yang mengisytiharkan ia  pertubuhan haram.

Malah sudah ada suara dikalangan mereka yang mendesak kerajaan meminta maaf melayan Bersih sebegitu rupa.

Disebaliknya ramai yang terkejut gerombolan yang bikin kecoh menerusi demonstrasi jalanan gunakan alasan nak tuntut pilihanraya adil sudah mendapat status halal.

Menariknya juga puak yang galak menjadikan jalan raya medan mereka macam terlepas pandang keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang tidak memihak kepada kerajaan itu satu lagi petanda jelas bagaimana bebasnya sistem kehakiman negara ini.

Kita sudah dapat bayangkan sendiri bagaimana reaksi mereka jika mahkamah itu mengekalkan keputusan Bersih itu haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.

berita selanjutnya sila BACA DAN KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...