Selasa, 24 Julai 2012

Sekali Air Bah, Sekali Dengan PAS Berubah-Ubah

Polisi PAS Bertukar Ganti
Dua malam sudah, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa berceramah di Marang Terengganu dengan yakin mengwar-warkan pada penyokong PAS kononnya dalam PRU 13 kelak pakatan pembangkang berpeluang menguasai beberapa kerusi parlimen di Johor sebagai bekalan untuk ke Putrajaya.

Kata Salahuddin, “Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen. Kita (Pas) bagi dia (BN) ‘stroke’ di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah.”

Menurutnya lagi, “saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini.”

Ironinya, saat PAS begitu yakin mampu merealisasikan mimpi ke Putrajaya, majoriti rakyat Malaysia juga tidak lupa 13 tahun dulu PAS pernah mengikrarkan janjinya untuk menjual Putrajaya konon kerana pembangunannya oleh PM ketika itu, Tun Dr Mahathir adalah satu pembaziran wang rakyat.

Bagi kita yang waras akalnya dan faham sedikit sebanyak susur galur sejarah politik tanahair tentu gelihati membaca kenyataan Salahuddin itu yang saling bertentangan dengan kenyataan bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadhil Noor. Bagi kita, perkara sebegini bukanlah luar biasa kerana itulah sikap sebenar PAS sejak sekian lama.

Demikian juga selepas keputusan PRU 1999 diketahui, kita maklum PAS secara terbuka pernah memperlekehkan kemenangan BN kerana dikatakan hanya kerana sokongan majoriti besar orang Cina maka sebab itu PAS mendakwa UMNO sudah tidak lagi relevan dikalangan orang Melayu Islam.

Namun hari ini, PAS pula sedang bersuka ria meraikan kononnya menerima sokongan masyarakat Cina dan tidak segan pula mendabik dada yang mereka akan ke Putrajaya dengan hasil bantuan dan dokongan majoriti pengundi Cina sebagaimana dinyatakan oleh Salahuddin dua malam lepas.

Tanpa disedari, Salahuddin secara tersirat sebenarnya mengakui PAS kini sedang dilanda krisis kepercayaan dikalangan orang Melayu Islam, sesuatu yang sepatutnya tidak diraikan sebaliknya wajar ditangisinya kerana asas sokongan untuk PAS selama ini adalah orang Melayu Islam.

Perihal mimpi ke Putrajaya dan flip flop PAS melibatkan pendiriannya berkaitan pengundi keturunan Cina hanyalah sekelumit dari pelbagai kontradiks sepanjang 61 tahun PAS hidup di muka bumi ini.

Semenjak PAS dilahirkan dari ‘perut’ UMNO pada 1951 lagi, ia senantiasa berkecamuk dalam menentukan arah tujunya dan seringkali bertukar ganti dasarnya, semuanya dilakukan mengikut kepentingan politik semata-mata.

Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...