Translate

13/07/2012

PERLU HENTIKAN BANTUAN KEPADA 'KELDAI DADAH' ???



Statistik 'keldai dadah' serius

KUALA LUMPUR 11 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang dengan penglibatan rakyat negara ini dalam aktiviti penyeludupan dadah ke Indonesia, apabila statistik menunjukkan sekurang-kurangnya tiga 'keldai dadah' dari Malaysia diberkas di republik itu setiap minggu.

Aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran itu dikesan semakin berkembang sejak kebelakangan ini kerana terdapat kemudahan perkhidmatan penerbangan tambang murah antara kedua-dua negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, jumlah tangkapan itu dianggap serius kerana ia menunjukkan ramai rakyat negara ini mudah diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menjadi 'keldai dadah' setelah dijanjikan upah lumayan.

Katanya, PDRM mendapat maklumat daripada Biro Narkotik Indonesia terdapat sekurang-kurangnya tiga hingga empat rakyat Malaysia ditahan di negara jiran itu atas kesalahan menyeludup dadah setiap minggu.

"Laporan tersebut juga menyatakan kemudahan penerbangan tambang murah yang terdapat di negara ini merupakan antara penyumbang kepada aktiviti jenayah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Noor Rashid, laporan diterima itu menyebabkan polis bersama Malaysia Airports Berhad (MAB) meningkatkan kawalan dan pemantauan di terminal penerbangan tambang murah.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, belum ada rakyat tempatan atau lain-lain negara ditahan kerana cuba menyeludup keluar dadah ke negara jiran itu semasa pemeriksaan sebelum menaiki pesawat.

"Kita menjalankan pemeriksaan 100 peratus atau menyeluruh terhadap semua penumpang sebelum berlepas menaiki pesawat di semua lapangan terbang di seluruh negara termasuk terminal tambang murah tetapi tiada tangkapan membabitkan suspek cuba menyeludup dadah ke luar negara ditahan setakat ini.

"Tangkapan yang dibuat adalah membabitkan suspek membawa dadah masuk ke negara ini. Tetapi tidak menafikan kemungkinan pengedar yang terlepas dan ditangkap di negara jiran itu berjaya memboloskan diri kerana membuat pemeriksaan masuk pada saat-saat akhir sebelum pesawat berlepas," katanya.

Sumber:utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...