Sabtu, 28 Julai 2012

Pas Terengganu sokong majlis ulama UMNO


Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya lebih matang ilmu agama daripada Ustaz Nasaruddin  Tantawi

KUALA TERENGGANU – Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Zakaria Dagang optimis  terhadap cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berhubung penubuhan Majlis Ulama Umno baru-baru ini.

Walaupun beberapa pemimpin Pas sebelum ini skeptikal terhadap Umno mengenai beberapa isu berkaitan  agama, namun Zakaria melihatnya dengan terbuka, malah mengalu-alukan cadangan itu.

“Kita alu-alukan jika benar sebagaimana dikata walaupun parti itu tidak meletakkan Islam sebagai dasar. Tetapi ia sepatutnya sudah lama ditubuhkan,” katanya.

Melalui majlis ulama itu, beliau berpendapat aspek agama akan diberi ruang lebih luas berbanding peranan dimainkan biro agama Umno ketika ini yang dianggap lebih terbatas.
Bagaimanapun, beliau persoalkan sejauh mana Majlis Ulama Umno itu kelak bakal berfungsi memandangkan kerajaan sendiri  yang mempunyai Majlis Fatwa pun tidak diberi perhatian sewajarnya. “Kalau hendak buat, biar  betul-betul.
Kalau Majlis Ulama ini hanya sekadar nama dan bertujuan menutup mulut pihak tertentu, ia tidak beri makna terhadap cadangan penubuhan tersebut,' katanya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...