Sabtu, 28 Julai 2012

KESIAN.....ADA HATI JUGA NAK NADI CALON !!!!


Dato' Fauzi Shaari bekas Pengarah JSJ PDRM difahamkan sebelum menyertai Pas beliau telah dijanjikan dengan berbagai benda yang cukup menarik termasuklah menjadi calon Parlimen Bagan Serai atau Larut.


Maka Pas menyambut kehadiran bekas Pengarah JSJ PDRM dengan penuh gilang gemilang..Dicanangnya keseluruh negara bahawa kebanyakkan bekas pegawai tinggi Polis itu telah memilih untuk bersama Pas..HAI GELI NYA....

Namun sebulan kemudian sebaik sahaja Datuk Fauzi menyertai Pas secara sah dengan menyerahkan borang kepada Nik Aziz di Bagan Serai, Pas telah mengeluarkan surat kononnya Mesyuarat Pas kawasan Larut sendiri(seperti dalam surat) telah sepakat menolak pencalonan Datuk Fauzi untuk menjadi calon Parlimen Larut. 

Bagaimana Bob Lokman mengatakan bahawa dia akan menjadi calon dalam PRU13 nanti sedangkan calon yang berwibawa pun macam Dato Fauzi kena kencing dengan Pas.

Habis tu untuk apa Pas mencanangkan bahawa mereka bangga kerana bekas pegawai tinggi Polis sudah masuk Pas....masuk untuk apa hanya jadi balaci sahajakah...atau hanya jadi pemasang bendera Paskah...atau hanya untuk dijadikan anjing bagi menyalak dipentas Pas.

Oleh itu sekira ada pemimpin Pas menjanjikan sesuatu yang menarik dengan syarat menyertai Pas terlebih dahulu berhati-hatilah.

Perkara yang terjadi kepada Datuk Fauzi perlu dijadikan pengajaran kepada umat Islam lain kerana modus operandi Pas untuk menarik orang yang ternama menjadi ahli ini telah di 'ceduk' dari modus operandi parti PKR.

Kita tunggu apa yang akan terjadi kepada bekas pegawai tinggi kerajaan yang lain seperti bekas Lakmasana Pertama Imran Abdul Hamid yang begitu galak berceramah, kemana pulak Pas hendak 'menghumban' bekas Laksamana ini.

Ada suara-suara sumbang mengatakan bahawa penyertaan bekas pegawai kerajaan hanya untuk dijadikan Pas sebagai parti popular dikalangan pakatan rakyat. Sebelum ini parti DAP pernah menyindir Pas kerana menumpang populariti parti DAP sahaja. Mungkin ini merupakan salah satu bukti Pas kepada 'abang besarnya' cina DAP.

Sumber:sungairapatonline

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...