Translate

08/06/2012

Rakyat Kelantan bosan dengan janji Nik Aziz dan mintak lagi duit rakyat ???

Demonstrasi yang berlangsung di perkarangan Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 06 Jun 2012 sebetulnya agak unik dan sinis sekali bagi yang mengerti realiti hidup rakyat Kelantan yang sudah 22 tahun berada dalam pemerintahan PAS.

Unik kerana belum pernah rakyat marhaen di mana-mana tempat datang beramai-ramai ke pejabat MB dengan membawa bersama cangkul, kereta sorong dan peralatan pembinaan usang untuk didermakan kepada kerajaan negeri.

Sinis kerana baru sahaja kira-kira seminggu lalu kerajaan negeri PAS Kelantan meminta rakyat menderma wang ringgit untuk tujuan pembinaan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KB-KK) yang sebelum ini dirasmikan oleh Nik Aziz.

Selama ini Nik Aziz dan PAS Kelantan sentiasa selesa dan yakin kelemahan pimpinannya membawa kemajuan untuk rakyat dapat ditampung dengan berselindung di sebalik jubah dan hujah agama selain menuding jari dan mengalihkan beban kesalahan kepada kerajaan pusat.

Apabila muncul sekumpulan rakyat yang mewakili pelbagai NGO dengan peralatan pembinaan usang ketahuilah tahap kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.

Projek Lebuhraya KB-KK sepanjang 73km yang bernilai RM1.8 bilion itu sudah menjadi satu bebanan yang merintis desakan dari rakyat yang menuntut supaya kerajaan PAS Kelantan tidak hanya pandai berjanji dan memerah duit rakyat, sebaliknya mesti serius menunaikan janji.

Teruskan membacanya DISINI selepas tu tonton video dibawah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...