Pemuda PAS Pulau Pinang Mahu PKR Ambil Tindakan Terhadap Penaja 'Bertam Nite'
GEORGE TOWN: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendesak pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap penaja majlis makan malam 'Bertam Nite' anjuran parti itu kerana mempersembahkan tarian seksi untuk tontonan umum.
Setiausahanya Afnan Hamimi Taib Azamudden memberitahu Bernama di sini Jumaat,Pemuda PAS tidak boleh menerima alasan PKR bahawa mereka tidak mengetahui mengenai persembahan tarian seksi pada majlis anjuran Jawatankuasa Gerak Kerja Pilihan Raya PKR kawasan Dewan Undangan Negeri Bertam pada Ahad lepas.
"Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut dan tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin dan dirakam secara bebas," katanya.
Katanya secara tidak langsung imej parti komponen lain yang bekerjasama dengan PKR turut tercalar ekoran penganjuran majlis-majlis seperti itu.
"Saya mendapat maklumat pemimpin PAS bahagian Kepala Batas turut dijemput hadir dalam majlis itu dan jika benar PKR tidak menganjurkannya mengapa terdapat logo PKR di pentas itu?," katanya.
Bila nak mula K-PORK ni Mansor? mungkin itu pertanyaan dari pak lebai PAS ini
Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman dalam kenyataannya pada Khamis dipetik sebagai berkata, persembahan tarian seksi yang memaparkan tiga penari perempuan memakai skirt pendek itu tidak dianjurkan oleh parti berkenaan.
Katanya, ia adalah kesilapan penaja kerana persembahan yang dicadangkan ialah tarian tradisonal dari pelbagai kaum.