Sabtu, 30 Jun 2012

PENINGKATAN RASUAH PEJAWAT AWAM SEMAKIN MENINGKAT KENAPA ???


Statistik tangkapan 2012 bagi Pejawat Awam kian meningkat peratusannya.  Adakah ini berlaku kerana gaji atau imbohan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi atau sebaliknya ???

Syabas SPRM telah menjalankan tugas dengan penuh didikasi dan diiktiraf Badan Dunia.  Mekanisme pencegahan rasuah menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang dilaksanakan kerajaan mendapat pengiktirafan dan pujian pengasas bersama Transparency International (TI), Michael J Hershman.

Hershman berkata, sistem Malaysia memerangi rasuah adalah pendekatan menyeluruh yang menjadi komponen utama reformasi kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hershman berkata, dengan menggunakan struktur agensi anti rasuah Hong Kong sebagai asas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya berfungsi sebagai badan bebas membanteras rasuah di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam artikel bertajuk 'Program Pencegahan Rasuah di Malaysia Satu Pendekatan Menyeluruh' yang disiarkan oleh akhbar internet Huffington Post berpangkalan di Amerika Syarikat pada 22 Jun lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...