PM umum ASTRO percuma untuk Pusat Jagaan Warga Emas
Sebanyak 17
Pusat Jagaan Warga Emas yang dikendalikan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan 22
Pusat Aktiviti Warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) akan mendapat yuran pemasangan dan langganan ASTRO percuma selama tiga
hingga lima tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama warga emas di Rumah Sejahtera di Seri Kembangan, Selangor, pada Isnin.
“Peranan dan tanggungjawab yang telah dipikul oleh warga emas dalam usaha menjaga, mengasuh dan mendidik generasi muda tidak ternilai. Generasi muda harus berterima kasih kepada warga tua yang semakin meningkat di negara ini,” katanya.
Katanya, setakat hari ini warga emas di Malaysia yang berusia lebih daripada 60 tahun adalah seramai 2.2 juta atau 7.7 peratus daripada jumlah 28.3 juta penduduk Malaysia.