Translate

10/06/2012

GELARAN DATO' SERI NIZAR TUPAI DITARIK BALIK ???

Kalau masih ada yang marah-marahkan Dato Seri Nizar Jamaludin kerana perbuatannya, ia suatu yang tidak harus dihairankan.

Bagi mereka yang mencadangkan gelaran Dato’ Seri yang dianugerah Istana Perak pada tahun 2008 semasa dia menjadi Menteri Besar, kini  patut ditarik semula, ia juga tak harus dipertikaikan.

Kini terpulang kepada tuanpunya badan sama ada nak pulangkan darjah kebesaran itu sebagai menyatakan penyesalan kerana perbuatan tempoh hari iaitu mempertikai pembidaan nombor plet www1 oleh Sultan Johor.

Itu kita serah kepadanya. Dia orang bijaksana, ada pelajaran tinggi dari luar negara, dia boleh gunakan akal fikiran untuk pertimbangkan.

Jangan lupa Sultanah Johor adalah kerabat diraja Perak kerana ayahnda baginda iaitu Almarhum Sultan Idris adalah Sultan Perak sebelum ini.

Tapi sejak seminggu kebelakangan ini, Nizar berdepan kemarahan rakyat Johor yang luara biasa kerana merasa keciwa Nizar  mempersenda pembidaan Sultan Johor bagi mendapatkan nombor plet www1.

Selain dari laporan polis, pihak Pemuda UMNO Johor dan Ngo-Ngo di negeri itu  mengadakan “demonsrasi” besar-besaran membantah perbuatannya.

Dari reaksi umum, ada sebilangan kecil komen-komen yang dikutip  memihak kepada Nizar kerana mereka merasakan tidak salah bagi ex-Menteri Besar itu menegur walaupun membabitkan Sultan.

Namun bagi majoriti rakyat  Johor (juga di lain-lain negeri) mereka mempamerkan rasa keciwa serta sangat marah kerana perbuatan Nizar itu dilihat satu penghinaan kepada sultan mereka.

Sebagai orang Melayu,  Nizar tidak sepatut mengeluarkan kata-kata begitu lebih-lebih lagi Sultan Johor bukanlah orang politik.

Selain dianggap menghina, Nizar berbohong dengan mengatakan pembidaan itu membabitkan wang kerajaan.

Ini adalah fitnah yang sukar diterima akal macam lain-lain tuduhan yang pernah dibuat Nizar lebih-lebih lagi bagi orang yang pernah menjadi Menteri Besar.

Tegur tidak salah asalkan ia  berhemah serta kena pada tempat. Selain dari itu teguran Nizar itu bukan dibuat melalui sepucuk surat ataupun dalam pertemuan dengan tuanku.

Nizar memilih mentwitkan melalui twitternya sebanyak tiga twit.

Barangkali penyokong Nizar melihat perbuatan ahli parlimen Bukit Gantang itu tidak bertentangan dengan kebebasan yang diperjuanglan.

Bukankah hak bersuara serta hak asasi manusia diberi jaminan dalam undang-undang?

Artikel bersambung dan KLIK DISINI SEGERA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...