Translate

21/05/2012

Wan Azizah usah subahat - ikut jejak syaitan ???


Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail agar tidak bersubahat di dalam perkara mungkar.

Beliau juga menegaskan akan mendedahkan siapa Wan Azizah yang sebenar di sebaliknya imejnya sebagai seorang wanita yang alim selepas ini.

"Kita akan bongkar siapa Wan Azizah... siap bersama Azmin Ali jumpa Rupert Murdoch. Imej sahaja Islam, tetapi minta derma RM50 juta daripada Yahudi untuk jatuhkan kerajaan Islam di Malaysia," katanya semasa berceramah di Kampung Paya, Batu Kurau, malam tadi yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Ummi Hafilda berkata, orang Pas telah 'dikencing hidup-hidup' kerana percayakan Anwar dan Azmin.

Katanya, mereka berdua hidup begitu mewah sampai sekarang walaupun tidak bekerja selama 14 tahun.

"Tidak payah tengok orang lain. Tengok Azmin cukup. Hidup mengalahkan raja, pakai songket pun harga puluhan ribu," katanya.

Tambah Ummi Hafilda, abangnya itu juga mampu membawa keluarganya bercuti ke luar negara seperti Dubai dan London.

"Saya tahu selera abang saya. Dia tidak akan menginap di bilik hotel biasa tetapi di bilik presidential suite," katanya.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Anwar dan melucutkan kerakyatannya.

"Anwar boleh berambus ke Amerika Syarikat dan dengan duit yang dia ada, dia boleh calonkan dirinya sendiri untuk bertanding di sana.

"Saya juga mencadangkan kepada (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang terlalu lembut tetapi lebih tegas terhadap Anwar dan Datuk S. Ambiga. Saya minta pasport mereka dirampas supaya mereka tidak boleh ke luar negara untuk memburuk-burukkan negara lagi," katanya.

Sumber:utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...