RAKYAT DAH LAH SUSAH, NAK MENYUSAHKAN LAGI - INILAH DIA NIK AZIZ !!!
Kerajaan Pas Kelantan meminta rakyat negeri ini
tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya rakyat yang
menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau
berharap rakyat Kelantan khususnya bersama-sama kerajaan negeri
bergotong-royong merealisasikan pembinaan lebuh raya itu.
Katanya, setiap derma yang dihulurkan bakal memberi manfaat yang besar di samping memperoleh ganjaran pahala.
"Tidak kisahlah hendak menderma berapa pun, RM10, RM100 atau RM1,000
dan saya sendiri telah menderma RM5,000," katanya kepada pemberita
selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala
Krai di sini hari ini.
Nik Aziz menambah, konsep gotong-royong itu sememangnya sudah lama
diamalkan dan ia merupakan salah satu konsep yang sangat baik.
Ujarnya, kebanyakan masjid dan surau di Kelantan juga dibina hasil gotong-royong dan derma orang ramai.
"Mereka yakin sumbangan dan gotong royong itu bakal digantikan dengan pahala yang besar," katanya.
Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer (km) yang
bakal menghubungkan kedua-dua bandar itu dijangka menelan kos sebanyak
RM1.8 billion.
Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sekali gus bakal
menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini terutama pada musim
perayaan.