Worm.Win32.Flame boleh mencuri maklumat penting, termasuk tetapi
tidak terhad kepada kandungan paparan komputer, maklumat mengenai sistem
sasaran, fail yang disimpan, data hubungan, malah perbualan audio, kata
syarikat antivirus berkenaan.
"Perisian perosak itu ditemui oleh pakar Kaspersky Lab semasa
siasatan yang dimulakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
(ITU)," katanya dalam satu kenyataan.
Kajian awal mendapati perisian perosak yang dikenali sebagai Flame sudah muncul lebih dua tahun lepas - sejak Mac 2010.
Berdasarkan kedudukannya yang sangat kompleks, selain bentuk sasaran
serangan, tiada perisian keselamatan yang dapat mengesannya.
Kaspersky Lab berkata pakar-pakarnya kini menjalankan analisis mendalam ke atas Flame.
"Dalam tempoh beberapa hari siri catatan blog akan mendedahkan lebih banyak maklumat ancaman baharu itu apabila ia didedahkan," katanya.

Sementara itu, ITU akan menggunakan rangkaian Rakan Usaha Sama
Multilateral Menentang Ancaman Siber (IMPACT) yang melibatkan 142 negara
dan beberapa penggiat industri, termasuk Kaspersky Lab, bagi memberi
amaran kepada kerajaan dan komuniti teknikal mengenai ancaman siber ini
dan menyegerakan analisis teknikal. - BERNAMA