Translate

06/05/2012

Haji Hadi kata dakwaan gambar panas Azmin satu andaian...



Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak baca suratkhabar atau dengar warta berita bila beliau diminta mengulas isu gambar panas yang dikaitkan dengan Azmin Ali.

Beliau mahu Timbalan Presiden PKR itu diberi peluang memberisihkan namanya sedangkan keadaannya tidaklah begitu.

Ini kerana Azmin mengambil pendirian 'standard' anggap dakwaan itu fitnah UMNO dan hanya membuat tuntutan kepada akhbar Utusan Malaysia meminta maaf dan membayar gantirugi RM100 juta.


Pendirian tidak mempedulikan dakwaan itu juga diambil oleh bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin PKR yang lain.

Sebaliknya semua orang tahu proses membersih diri hanya boleh dibuat jika ada siasatan terbuka dibuat keatas dakwaan itu.

Dalam kes dakwaan video seks 99.9 peratus yang dikaitkan dengan Anwar,Haji Hadi main pukul borong kata video besi tidak boleh dijadikan bukti.

Ketika ditemui wartawan selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu,Presiden PAS itu hanya menanggap dakwaan itu satu andaian.

"Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian...buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas.


Artikel selanjutnya baca: Disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...