Translate

04/05/2012

DISAHKAN PKR BERGABONG DENGAN DAP OLEH ANWAR ???


PUTRAJAYA - Pengakuan secara terbuka ketua pembangkang itu jelas menunjukkan DAP lebih dominan, sehingga dia sanggup menyerahkan kuasa kepada parti berkenaan.

"Nampaknya dia dah buat satu pengakuan terbuka... dominannya DAP.  Satu kenyataan yang dia rela menyerahkuasa pada DAP" Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Beliau mengulas kenyataan ketua pembangkang DS Anwar yang rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 13.


"Ini pengakuan dibuat secara terbuka yang disyaki selama ini. Nampaknya orang kata sudah terang lagi bersuluh." katanya pada sidang media di sini semalam.

Anwar kelmarin dilaporkan berkata beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dari PAS dan mendengar nasihat mereka berbandingan mana-mana pemimpin PAS dan UMNO.

Malah pemimpin pakatan pembangkang itu menegaskan tidak kisah jika menerima nasihat dan pandangan daripada Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana lebih yakin dan percaya dengan beliau.

Sumber:harianmetro 4/05/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...