Translate

07/05/2012

DALANG UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN PATUT DIAMBIL TINDAKAN SEGERA ???


Siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti dalang yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas telah bermula, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berharap orang ramai terus menyalur maklumat kepada polis bagi mempercepatkan siasatan supaya keselamatan negara tidak tergugat dan terus terancam.

“Beberapa tangkapan baru telah dibuat selepas gambar-gambar perusuh Bersih 3.0 disiarkan dan kita juga menerima panggilan orang ramai untuk member maklumat mengenai kejadian itu.

“Ini petanda baik rakyat Malaysia mencintai keamanan dan tidak mahu keselamatan negara diganggu-gugat," katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas bahawa perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di ibu negara 28 April lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Mengenai tuduhan pembangkang dalam blog-blog bahawa polis turut terlibat sebagai peserta perhimpunan itu untuk menyemarakkan lagi rusuhan itu, Ismail meminta supaya tuduhan-tuduhan tidak berasas dan tanpa fakta dihentikan.

“Jangan buat tuduhan karut... kena la bertanggungjawab. Bagaimanapun setiap tuduhan akan disiasat," katanya.

Sementara itu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...