Translate

26/05/2012

AWAS !! kerajaan pilihan rakyat akan digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara

Pembangkang mungkin guna cara demonstrasi ganas menang PRU-13: Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

"BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN," katanya dalam catatan terbaru blog beliau di chedet.cc hari ini. 

Dr Mahathir berkata, segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya. 

Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya. 

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan.

"Kemudian, mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi mereka," katanya. 

Bersambung lagi KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...