Jumaat, 13 April 2012

PANASSS..!!! BILA ALTANTUYA MULA BERALIH MENGHANTUI TIDUR ANWAR PULA...


Asalnya, Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku. 

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya. 

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya. 
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin. Petikan: Mstar Online

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.
 Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. 

Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain. 

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut. 

 Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja. 

Isu Komisyen RM540 Juta.

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya. 

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Berita selanjutnya: Klik Disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...