Translate

06/04/2012

INILAH AKIBAT ISA DIHAPUSKAN - PENCACAI PAKATAN BERMAHARAJA LELA !!!

Anugerah Sasterawan Negara perlu ditarik balik
Mengikut berita dari pelbagai sumber portal dan blog pro pembangkang, 28 April 2012 nanti hampir pasti Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi akan lumpuh aktiviti hariannya berikutan penganjuran demonstrasi Bershit 3.0 oleh sebuah NGO haramjadah (tidak berdaftar) yang pro PR (juga tidak berdaftar).

Memandangkan pilihanraya umum ke 13 tidak berapa lama lagi, tidak sukar untuk fahami motif utama demo ini berkaitrapat dengan pilihanraya akan datang dan tentu sekali ianya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim serta pemimpin PR yang lain sebagai talian hayat yang terakhir.

PR mahupun Anwar menjangkakan parlimen akan dibubarkan sekitar bulan Jun atau awal Julai 2012 untuk membolehkan PRU 13 dilangsungkan. Dengan adanya demonstrasi Bershit 3.0, diharapkan akan memberi sedikit kelebihan untuk mereka sebagai bekalan menghadapi pilihanraya selepas prestasi PR dalam pilihanraya kecil menunjukkan kemerosotan yang amat ketara.

Mengikut rekod 16 pilihanraya kecil sebelum ini, terpampang jelas menunjukkan 8 kerusi yang dimenangi pembangkang sebahagiannya mengalami penyusutan undi. Baki selebihnya dikuasai BN dengan kelebihan majoriti yang makin meningkat.

Sekalipun jika dilihat secara kasar kelihatan seimbang di mana bilangan kerusi yang dimenangi adalah setara sama, hakikatnya hanya untuk beberapa ketika sahaja PR mendominasi pilihanraya. Selepas peralihan kepimpinan dari Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib, BN perlahan-lahan mendaki menuju puncak.

Tahun 2008, satu PRK dijalankan dan dimenangi oleh PKR. Tahun 2009 ada 8 PRK hanya dua saja dimenangi oleh BN dan bagi tahun 2010 daripada 4 PRK, tiga daripanya menjadi milik BN. Manakala untuk tahun 2011, semua ketiga-tiga PRK yang dijalankan kekal dimenangi oleh BN dengan majoriti yang lebih besar.

Bermula dari pilihanraya kecil Menek Urai Julai 2009 hingga pilihanraya kecil DUN Kerdau Mac 2011 pula secara keseluruhan BN telah berjaya meraih peningkatan undi sokongan yang agak memberangsangkan dengan 7 daripadanya dimenangi oleh BN.

Bershit 2.0 dilancarkan secara rasmi pada 10 November 2010 selang 6 hari selepas kekalahan Pas dan PKR di DUN Galas dan parlimen Batu Sapi. Demonstrasi Bershit 2.0 pula berlangsung pada 09 Julai 2011 hanya selang hampir 4 bulan selepas kekalahan besar Pas (PR) di DUN Kerdau, Pahang dan merlimau, Melaka.

Berdasarkan urutan peristiwa tersebut, mudah untuk kita susuri tujuan utama Bershit 2.0 adalah untuk mengelakkan pembangkang daripada terus dirundum sengsara, malang bagi Anwar & PR, objektif tersebut gagal mencapai matlamatnya.

Demikian halnya dengan Bershit 3.0, nawaitunya tetap untuk kepentingan pembangkang apatah lagi di saat wujudnya gelombang penolakan khalayak terhadap pembangkang utama seperti Pas dan PKR.

Kalau dek kerana 8 tuntutan Bershit dijadikan asas pertikaian untuk meragui kredibiliti & kewibawaan SPR, patutnya dah lama pemimpin DAP, PKR dan Pas yang sedang memerintah negeri di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor meletakkan jawatan masing-masing, itupun kalau kenal erti malu.

Bukankah penguasaan mereka di negeri-negeri tersebut disebabkan hasil keputusan pemilihan dari sistem pilihanraya yang di dakwa sebagai kotor & tidak telus seperti yang mereka gebangkan selama ini?

Sebetulnya soal telus atau tidak, adil atau sebaliknya hanya mainan bibir saja untuk mendodoi perasaan penyokong sendiri yang kian longlai semangatnya. Segala macam tuntutan yang konon menjadi agenda Bershit yang diketuai oleh Ambiga hanyalah tempelan kosmetik semata-mata untuk menjayakan agenda politik & kepentingan puak sendiri saja.

Lagipun, pembangkang amat sedar tanpa polemik isu-isu politik seperti yang dijaja oleh NGO Bershit, harga & nilai kepimpinan Anwar serta pemimpin PR lain hanyalah umpama kain buruk yang terbuang yang hanya menyemakkan mata yang memandang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...