Translate

25/04/2012

EMPAT MAHASEWEL DAN MAHASIAL DITAHAN, KHEMAH DIANGKUT DBKL

datarankenatahan400
Setelah 11 hari berlalu...akhirnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula bertindak tegas terhadap segelintir budak-budak yang nak tunjuk degil terus berkhemah di satu penjuru Dataran Merdeka konon untuk desak mansuh PTPTN. Pada jam 6.15 pagi Selasa para pegawai penguatkuasa DBKL telah ' gempur' ketika mereka sedang tidur di situ.

Kalau sebelum ini mereka bertolak ansur dan budak-budak itu masih terus melawan....kali ini mereka merampas semua khemah serta paralatan dan mengusir semua mereka keluar dari kawasan berkenaan.
dbklangkutkhemah
Selain itu kawasan yang dijadikan tempat khemah itu dipagar.

Namun sebilangan budak-budak itu masih hendak tunjuk degil dan terus melepak sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Ada yang melalak menerusi twitter meminta penyokong datang membantu mereka teruskan kerja mengarut itu.

Berikutan itu, empat lelaki ditahan kerana menghalang penjawat awam iaitu anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas untuk merampas khemah-khemah yang dipasang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata empat laporan polis dibuat berhubung tangkapan yang dilakukan pegawai DBKL terhadap empat lelaki berkenaan.


Tangkapan itu melibatkan dua pelajar Universiti Perindustrian Selangor (Unisel) masing-masing berumur 19 tahun, seorang kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berumur 24 tahun dan seorang pekerja swasta berumur 23 tahun.

Mohmad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Semua tangkapan akan diberi jamin polis sehingga esok pagi sekiranya siasatan dapat diselesaikan pada malam ini," katanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...