Translate

26/04/2012

DAJAL AMBIGA PATUT DIDAKWA SEGERA DIBAWAH AKTA HASUTAN ???


PENGERUSI BERSHIT, S. Ambiga sepatutnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana sengaja melanggar undang-undang apabila berkeras akan meneruskan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, sebagai seorang peguam sepatutnya Ambiga menunjukkan pekerti yang baik dan mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Melihat kepada sikap keras kepala dan perlakuan buruknya itu, beliau sememangnya tidak layak menjadi seorang peguam," katanya.

Sebaiknya Ambiga kata beliau,  sengaja merosakkan perpaduan rakyat dan kestabilan negara bagi memenuhi egenda politik puak minoriti.

Beliau turut menyifatkan Ambiga dan pemimpin BERSIH sebagai pengkhianat kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

"Pihak berkuasa sudah menyatakan Dataran Merdeka dilarang berhimpun, tetapi mereka tetap berdegil, ini menunjukkan Ambiga sengaja mencabar ketegasan kerajaan," ujarnya.

Katanya, Ambiga dan pemimpin BERSIH secara jelas mempersendakan kedaulatan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau berpendapat Ambiga wajar didakwa mengikut akta berkenaan dan diusir keluar daripada negara ini.

"Matlamat Ambiga hanya untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dan merosakkan keamanan negara," tambahnya.

Dalam hal ini, Syed Ali sekali lagi mengulangi desakannya supaya pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi dengan kerenah Ambiga dan penganjur BERSIH 3.0.

"Perhimpunan BERSIH 3.0 jelas mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,:" tegasnya.

Menurut beliau, kerajaan sudah terlalu banyak berlembut dengan tuntutan BERSIH dan tidak seharusnya membiarkan kumpulan itu mengancam keamanan negara.

"Kerajaan harus mendengar suara akar umbi yang mahu diharamkan perhimpunan BERSIH kerana banyak menimbulkan kesan buruk kepada kehidupan rakyat terutama warga kota," tambahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...