Translate

01/02/2012

Bukti PAS Memesong pengikutnya


Seperti yang dibentangkan oleh Realiti Politi PAS bagaiman PAS senantiasa cuba mencari jalan untuk memesongkan ahli-ahlinya supaya taksub kepada PAS, Kedah Times tunjukkan satu lagi video membuktikan yang kerja-kerja pemesongan ini sentiasa dilakukan demi survival politik mereka.


Dalam ceramah Hassan Ali, beliau menyentuh tentang kata-kata Anwar yang selagi Pakatan Rakyat wujud, Islam tidak akan ditegakkan di Malaysia, Hudud jauh sekali.

Tetapi kita hairan kenapa PAS begitu ketagih sekali memesongkan pemikiran ahli-ahlinya supaya begitu membenci ahli-ahli UMNO sehingga perkara-perkara asas pertalian sesama manusia pun mereka sanggup boikot atau fatwakan haram.

Kedah Times berpengalaman semasa di kampung dulu dimana kenduri, kematian, sembelihan dan majlis ahli keagamaan Ahli UMNO tidak dihadiri pengikut PAS. Dan ahli UMNO akan dipandang sinis apabila menghadiri majlis-majlis mereka. Dan masih wujud pandangan spt itu sehingga kini.

Dulu satu masa Kedah Times melihat bagaimana seorang ahli PAS bangun bercakap-cakap ketika khatib memberi khutbah di Masjid Belantik. Apabila tamat saja khatib membaca khutbah, beliau pun duduk diam juga. Selepas saja tamat sembahyang jumaat, sekumpulan manusia bangun bersembahyang semula 4 rakaat.
Inilah ketaksuban mereka sehingga sesama Islam pun mereka masih kafir mengkafir. 

Tetapi DAP kafir harbi dan PKR Islam liberal dijadikan teman se tidur dan se makan. Bukankah ini penyelewengan terbesar PAS? 


posted by Kedah Times

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...