Translate

22/02/2012

Bloggers, Facebookers Mari Berjumpa MB

Image Detail
Penulis blog serta facebook berpeluang meluangkan masa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di majlis perjumpaan dan makan malam pada 5 Mac ini, jam 8 malam.

Program anjuran Unit Komunikasi Negeri (Ukom) bakal diadakan di bandar Kuala Terengganu yang akan dimaklumkan kepada penulis blog serta facebook yang terpilih ke majlis itu di dalam kad jemputan masing-masing kelak.

Menurut penganjur, `Majlis Perjumpaan YAB Menteri Besar Terengganu dengan Blogger dan Facebooker' julung kali dilaksanakan ini bagi memberi peluang menjalinkan hubungan silaturahim serta memenuhi ramai permintaan penulis blogger dan facebook untuk menemui pemimpin nombor satu Terengganu.

Katanya, majlis itu nanti akan menghimpunkan penulis daripada pelbagai latar dan konsep blog yang mampu menterjemahkan buah pemikiran mahupun pengalaman baru dalam dunia penulisan yang tiada sempadan.

“Perjumpaan ini adalah terhad dan tertutup kepada penulis blog dan facebooker yang terpilih sahaja. Sehubungan dengan itu saudara dan saudari yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri majlisitu nanti,” katanya.

Bagi menjadi peserta majlis berkenaan, semua blogger dan facebooker diminta mengisi borang yang disediakan di laman ini serta klik butang SEND atau menghantar maklumat yang diminta melalui email: mariberhubung@yahoo.com

Oleh kerana tempat adalah terhad, sila jawab dengan kadar segera dengan mengisi maklumat yang lengkap, selewat-lewatnya pada: 23/2/2012 (Khamis).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Komunikasi Negeri Terengganu 09-6230582 (Anida/Rita)
Atau; Harun bin Hassan (019-9208820)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...