Translate

07/01/2012

Promosi percuma himpunan 901

Secara sedar atau tidak, pemerintah melalui media arus perdana memberikan promosi percuma kepada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' 901. Akhbar-akhbar dan televisyen memberikan liputan mengenai perhimpunan tersebut hampir setiap hari.

Amaran, ugutan dan tohmahan yang dilakukan melalui media arus perdana sampai kepada majoriti rakyat terutamanya – kawasan pendalaman. Secara tidak langsung, rakyat di seluruh negara tahu tentang akan berlakunya satu perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur.
bersih rally july 9 crowd face-off with police 1

Rapat dan ceramah umum dianjur oleh Pakatan tidak mampu untuk sampai ke seluruh negara. Apatah lagi rakyat di kawasan pendalaman masih ramai yang belum mempunyai kemudahan internet.
Dari satu sisi lain, Umno dan BN tahu, amaran, ugutan dan tangkapan tidak akan mampu menghalang rakyat untuk membanjiri Kuala Lumpur sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu.
Dalam perhimpunan BERSIH 2.0, walaupun seluruh pintu masuk “dikunci” dengan sekatan jalan raya dan mobilisasi anggota polis yang besar, ia tidak dapat menghalang rakyat untuk berkumpul.
Oleh kerana itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menukar nada mereka menjadi lebih lunak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, perhimpunan 'Bebas Anwar 901' dibenarkan, akan tetapi haruslah ditempat lain dan bukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.
NONE

Pengalaman ini berlaku sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 – Najib minta penganjur perhimpunan tersebut untuk berhimpun di stadium.
Apabila penganjur bersetuju untuk memilih Stadium Merdeka untuk berhimpun, pemerintah belot dengan perjanjian.
Mungkin penganjur perhimpunan pada 9 Januari tidak termasuk ke dalam “lubang biawak” sekali lagi.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...