Sabtu, 14 Januari 2012

PROGAY SOKONG PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM!!


MANILA – Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) semalam mengalu-alukan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.

Dalam reaksi mereka,ProGay berkata, kini masanya untuk membuang undang-undang liwat yang merupakan sebahagian daripada warisan penjajah British.

“Kami menyertai pergerakan orang demokratik dalam meraih kemenangan Anwar mengatasi tuduhan palsu,” kata Oscar Atadero, pegawai hak asasi manusia ProGay.
ProGay juga melihat kemenangan yang sah di sisi undang-undang ini sebagai satu langkah positif untuk hak asasi lesbian, gay, biseksual and transgender (LGBT) di Malaysia.

ProGay menyatakan bahawa walaupun Filipina tidak mempunyai undang-undang liwat, para ahli politik dan hakim mahkamah juga diserang dengan tuduhan homoseksualiti untuk kepentingan politik. (Marvyn N. Benaning) -tempo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...