Translate

10/12/2011

Tak Jadi Calon DUN : Hasan Ali Jawab Isnin

Post Pic
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Hasan Ali dijangka menjawab persoalan di sebalik penggugurannya sebagai calon Pilihanraya Umum ke -13 oleh Pas Selangor pada Isnin depan.

Sumber- sumber rapat memberitahu Hasan akan memanggil sidang akhbar itu untuk memberi penjelasan penuh mengenai isu berkenaan.
Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib hari ini mengesahkan  Hasan  tidak menerima pencalonan  mencukupi daripada cawangan parti itu untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia bagi pilihanraya umum akan datang.

Justeru, Hasan tidak disenaraikan sebagai calon oleh PAS Selangor kerana tiga calon lain menerima pencalonan yang lebih, kata Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib, lapor Malaysiakini.

Pengumuman mengejut oleh Saari dilihat sebagai tamparan kepada masa depan Hasan dalam PAS. Pada Jun lalu, beliau digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor dan diganti oleh ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman.
 
Semalam, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk Paduka Mahkota Selangor kepada Hasan oleh Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan baginda sebagai satu penghormatan kepada PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...