Translate

09/12/2011

ORANG BIADAP PERLU DI AJAR.



Perkasa melihat kenyataan Ngar Kor Ming yang mengatakan Perak Darul Kartun adalah suatu kenyataan biadap daripada seorang manusia yang tak sedar dek untung sampai sanggup menghina dan memperlekehkan negerinya sendiri.Nampaknya beliau telah terpengaruh dengan perangai dan sikap yang menjadi amalan oleh ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim yang sanggup menghina negaranya sendiri tatkala berada diluar negara.
Beliau adalah tergolong dalam spesis manusia yang tak bersyukur dan berterima kaseh dengan apa yang telah dinikmatinya dalam negeri ini selama ini.Perkasa ingin menasihatkan beliau agar berpeganglah kepada falsafah hidup dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..Jangan mudah lupa daratan.Kenyataan ini juga sebenarnya suatu penghinaan kepada seluruh rakyat dinegeri Perak khususnya kepada pengundi2 dikawasan yang beliau menjadi wakil rakyatnya..


Perkasa ingin menyeru agar seluruh rakyat Perak yang telah terguris perasaannya akibat kenyataan tersebut agar ‘put a stop’ meletakkan titik noktah diatas tingkah laku yang tidak bertamaddun tersebut dengan menolak beliau dalam PRU 13 akan datang jika sekiranya beliau terus menawarkan diri untuk bertanding.Inilah sahaja caranya untuk mengajar dan memberi hukuman kepada orang yang celupar melutnya saperti Ngar Kor Ming.
Akhirnya Perkasa menasihatkan Ngar Kor Ming agar cakap siang pandang pandang dan cakap malam dengar dengar,bukan bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa memikirkan sensitiviti orang lain yang mendengarnya.Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya,kerana pulut santan binasa,dek kerana mulut badan binasa.
RUSLAN HAJI KASIM,
Ketua Penerangan Perkasa Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...