Translate

11/12/2011

Jangan keterlaluan, undang-undang masih ada kuasa


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sistem undang-undang khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai kuasa untuk bertindak menjaga keamanan walaupun kerajaan telah meliberalkan beberapa sistem berkaitan aspek kehidupan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.


Mengulas tindakan kira-kira 100 peserta ”flashmob” yang berkumpul di pusat membeli-belah KLCC semalam untuk membantah rang undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rais mengingatkan orang ramai agar jangan keterlaluan hanya kerana beberapa sistem sudah diliberalkan.

"Jangan keterlaluan semata-mata Perdana Menteri atau sistem kerajaan sudah meliberalkan beberapa aspek kehidupan kita. Kuasa polis itu tetap ada.

"Apa pun undang-undang yang diolah atau dipinda, tinggal lagi jangan diuji sangat kesabaran tersebut sehingga kita mewujudkan kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pertandingan badminton antara JASA dan pasukan D”Sury, di sini hari ini.

Rais turut menyifatkan mereka yang bertindak melakukan perhimpunan di tempat-tempat awam khususnya di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai sebagai mereka yang tidak menghargai kebebasan sendiri. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...