Translate

10/12/2011

BAYARAN PENCEN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KRISMAS

Image Detail
Bersempena dengan sambutan Hari Krismas pada 25 Disember 2011, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) kali kedua pada 16 Disember 2011.

Sehubungan itu, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) di bank mulai 16 Disember 2011. Semua Bayaran Khas Pesara (BKP) akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B yang tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di Kaunter bank bagi mengeluarkan RM500. Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Disember 2011, boleh menunaikan waran mereka mulai16 Disember 2011.
Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun memaklumkan keputusan Kerajaan dan arahan bayaran kepada semua pihak/bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran Pencen dan Bayaran Khas Pesara sila hubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-8885 4906/4475/4476/4477/4478.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...