Translate

26/11/2011

SIMULASI PILIHANRAYA DUN RHU RENDANG BERJALAN LANCAR - SYABAS


Keadaan cuaca yang kembali cerah memberi peluang ramai pengundi keluar membuang undi sempena Simulasi Pilihan Raya yang diadakan serentak di seluruh negeri hari ini.

Simulasi berkenaan bertujuan menguji kemahiran pengundi kawasan ini mendapat sambutan walaupun di beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir sejak lima hari lalu.


Tinjuan di pusat membuang undi mendapati orang ramai begitu bersemangat untuk membuang undi walaupun ia hanya diadakan secara olak-olak tetapi secara amnya ia sebenarnya dilaksanakan secara praktikal.


Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kemudian melakukan tinjuan di pusat mengundi sekitar kawasan DUN bagi mempastikan proses mengundi berjalan lancar dan dalam keadaan tertib.

Katanya, beliau berpuas hati dengan jentera parti yang kelihatan bersemangat memikul tanggungjawab melaksanakan program simulasi yang diarahkan Umno Pusat.

“Walaupun ia hanya olak-olak tetapi hakikat sebenar perjalanan jentera parti hendaklah bermula ketika simulasi diadakan,” katanya.

Beliau berkata, menerusi program itu semua petugas parti dapat mengetahui bidang tugas masing-masing dalam menghadapi pilihan raya sebenar yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Untuk paparan selanjutnya sila layari:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...