Translate

05/11/2011

PERKHIDMATAN CITYLINK EXPRESS SDN BHD MENGECEWAKAN !!!


Marang 05/11/2011 - Perkhidmatan syarikat penghantaran Citylink Express Sdn Bhd Cawangan Kuala Terengganu adalah sangat-sangat mengecewakan dan tidak menepati apa yang telah dijanjikan dalam etika kerja syarikat tersebut.

Kejadian berlaku pada 02/11/2011 di Cawangan Citylink Kuala Lumpur dimana satu bungkusan bernilai RM1,200 telahpun dihantar ke Kuala Terengganu untuk disampaikan kepada pelanggan yang tinggal di Marang dengan alamat yang tertulis lengkap di kotak tersebut.

Bungkusan tersebut telahpun sampai di Cawangan Citylink K/Terengganu No. 116D, Ground Floor, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu sebelah petangnya. Tapi malangnya bungkusan tersebut disimpan dan tidak dihantar kepada penerima sehingga pada hari ini 05/11/2011.

Petugas dipejabat Citylink K/Terengganu telah dihubungi pada hari ini 05/11/2011 kira-kira jam 1.00 petang, namun jawapan yang diterima 'bungkusan akan dihantar pada hari Selasa' kerana cuti.

Sedangkan iklan yang dipaparkan: '24 hours service'. In recognition of City Link's reliability and quality of service, the company is awarded the 'Super Brand' award in 2005 adding another milestone to the Company's well-establish history. To add further, City Link has receive ISO 9001:2000 status certified and accredited by SGS and UKAS accordingly. 

All the above underline City Link Express commitment for service quality excellence and reliability in the courier service industry both local and international.

Petugas Citylink Cawangan Kuala Lumpur En. Shukri dihubungi merasa amat kesal diatas kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku kepada pelanggan-pelanggan Citylink.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...