Gong Beris 04/11/2011 - Encik Muda bin Mohd, 65 tahun tiba-tiba terjatuh diluar rumahnya dan terus tidak sedarkan diri lebih kurang 20 hari yang lalu. Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Trg untuk mendapatkan rawatan dan telah dimasukan ke Wad ICU 8C. Namun begitu beliau terus koma sehingga pada 02/11/2011 telah discharge dari Wad ICU 8C tanpa diberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit kepada ahli keluarga. Kebimbangan keluarga terus melanda akibat tidak diberi perhatian terus oleh pihak Hospital apabila terlantar dirumah tanpa rawatan susulan sejak tarikh discharge.
Peralatan diberi oleh pihak hospital namun tidak diberi tunjuk ajar untuk menguruskannya. Ahli keluarga pesakit juga berasa kesal diatas tindakan yang diambil oleh pihak hospital kerana membiarkan pesakit terus terlantar tanpa rawatan lanjut.