KOCEK/TABUNG NUAR PUN DAH KERING,..... KENA PENUH DULU BARU BELA RAKYAT....????
DAH..DAH... LE KAK WAN JIJAH..... DOK MELALAK AJE....
DAH..DAH... LE KAK WAN JIJAH..... DOK MELALAK AJE....
Walaupun didakwa gagal menunaikan beberapa janji pilihan raya umum lalu, PKR sekali lagi mengemukakan janji baru untuk menambat hati pengundi.
Kali ini golongan wanita pula menjadi tumpuan apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, parti itu akan memperkenalkan Bayaran Suri Rumah sebanyak RM1,000 bagi setiap suri rumah yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.... geli mendengarnya....????
INILAH JANJI KOSONG Presiden PKR:
Semasa menyampaikan ucapan dasarnya pada Hari Kedua Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kali Ke-8 di Pulai Spring Resort, di sini, semalam, Wan Azizah berkata, bayaran itu bagi mengurangkan beban akibat kenaikan harga barang.
Semasa menyampaikan ucapan dasarnya pada Hari Kedua Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kali Ke-8 di Pulai Spring Resort, di sini, semalam, Wan Azizah berkata, bayaran itu bagi mengurangkan beban akibat kenaikan harga barang.
Bagaimanapun katanya, pelaksanaannya hanya dapat dijalankan sekiranya PKR diberi mandat memerintah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini kerana membabitkan peruntukan RM2 bilion setahun.
“Tradisi membela miskin bandar telah kita terjemahkan menjadi dasar-dasar mesra rakyat yang menjadi buah mulut rakyat di pelosok negara dan tradisi ini akan kita teruskan di Putrajaya dengan komitmen baru.
“Antaranya, suri rumah yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur kurang 18 tahun akan diberikan bayaran sebanyak RM1,000,” katanya.
Turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, Wan Azizah turut memperkenalkan Bonus Warga Emas berjumlah RM1,000 setahun bagi yang berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM18,000 setahun, membabitkan peruntukan RM1.7 bilion setahun.
“Kami juga akan menaikkan bayaran kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM550 sebulan selaras dengan bayaran tambahan kepada mana-mana isi rumah miskin tegar.
“Elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga berpendapatan kurang RM1,000 sebulan.
“Jumlah ini sedikit berbanding jumlah yang ‘bolos’ setiap tahun kepada elit kekuasaan dan jumlah ini bukan sedekah kepada pengemis tetapi hak yang dipulangkan kepada rakyat,” katanya.
Wan Azizah turut menyentuh isu pengangguran graduan yang didakwa semakin kronik.
“Daripada 342,198 rakyat yang menganggur, 51.4 peratus mempunyai pendidikan tinggi iaitu 29.9 peratus tamat pengajian ijazah, 21.5 peratus pula mempunyai diploma.
“Angka-angka ini tidak menipu tapi bohong sikit, masalah ini jika tidak ditangani segera akan menambahkan keperitan rakyat di kala bebanan kos sara hidup memuncak,” katanya.
by Sinar Harian