Translate

24/10/2011

Telor MAT SABU semakin kecut ekoran pendedahan PM - Polis ada bukti rakaman

alt

Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang dihantui oleh pendedahan rakaman perbualan ‘ panas’ dengan isteri orang, Normah baru-baru ini kini kena bakal diganggu oleh satu lagi rakaman.

Ini bukan bab dengan wanita lain pula....tetapi rakaman temubual dengan Mat Indera,orang yang mengetuai gerombolan komunis dalam serangan keatas balai polis Bukit Kepong.


Dalam rakaman itu yang ada ditangan polis – Mat Indera mengaku dia anuti ideloji komunis dan merancang serangan keatas balai polis itu yang mengakibatkan ramai anggota polis dan keluarga mereka terkorban.

Wujudnya rakaman berkenaan didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya dalam Perhimpunan Perdana bekas dan pesara polis dengan Perdana Menteri di PWTC,Kuala Lumpur petang Ahad.

Dalam ucapan depan 6,000 bekas dan pesara polis dari seluruh negara itu,beliau juga memberitahu dalam sebuah buku,bos Parti Komunis Malaya ,Chin Peng sendiri mengakui Mat Indera adalah seorang komunis.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor tidak lama dulu cetuskan kontroversi bila didapati mendewakan Mat Indera yang mengetuai serangan itu kerana anggap anggota polis di balai berkenaan adalah polis British.

Beliau telah didakwa di mahkamah di Pulau Pinang dan sedang menunggu perbicaraan atas kes berkenaan.

PAS telah mempertahankan tindak tanduk Mat Sabu itu yang mencetuskan kemarahan ramai pihak khususnya bekas tentera dan polis yang berjuang menentang komunis di zaman darurat dulu.

Perdana Menteri menyifatkan pelik ada pihak yang menagungkan ‘ mereka itu’ adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan bukan anggota polis dan tentera.

“ Saya nak kata orang ni kepalanya tidak betul...sudah dipilih jadi pemimpin...kalau ikut (cakap) orang Negeri Sembilan...bangang, ”katanya.

Beliau menegaskan perbuatan menidakan jasa dan perjuangan perwira adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

Kata-kata beliau ini mendapatkan tepukan gemuruh para hadirin.

Najib berkata,” untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia...sudah ada bukti yang dirakam..bukti itu ada dalam tangan pihak polis...temubual Mat Indera dengan pihak polis...Mat Indera mengaku dia seorang berideoloji komunis...dan dia mengaku dia terlibatmerancang dan menembak para anggota polis dalam insiden di Bukit Kepong,”katanya.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk "Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party" oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

"Kalau hendak angkat orang seperti ini , salah tafsir  sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.”katanya.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum,  ketika sidang akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

"Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang... tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian," katanya.-23/10/2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...