Ahad, 30 Oktober 2011

Pas dan Elton John


Konsert penyanyi terkenal Elton John yang dijadualkan berlangsung di Genting Hihglands pada 22 November depan mendapat bantahan Pas.

Pemuda Pas Pahang dilaporkan menggesa agar konsert itu diharamkan kerana Elton John mengamalkan budaya gay yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada generasi muda negara ini.

Terbaru, isu itu mencetuskan perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang.Para pemimpin DAP dan PKR mempersoalkan pendirian Pas sambil menyokong konsert tersebut. Malah pemimpin DAP memberi kata dua agar Pas tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.

Elton John telah berkahwin dengan pasangannya, David Furnish pada 2005 selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di Britain.

Persembahan di Genting Highlands itu nanti merupakan yang pertama di Malaysia.

Awang tidak menyokong atau membantah tetapi tertarik dengan isu tersebut atas banyak sebab. Salah satunya, ialah mengapa Pas tidak melihat ke dalam negara sendiri? Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

Bukankah di Malaysia ada pemimpin yang kita ketahui biseksual tetapi terus mendapat sokongan parti-parti tertentu. Sampaikan ada yang taksub. Tidak perlu Awang nyatakan siapa, sendiri boleh tahu.


posted by Awang Selamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...