Translate

21/09/2011

MUSIM TENGKUJOH MULA MENGHAMPIRI TERENGGANU - RINTIHAN PENDUDUK TEMPATAN

Anak panah menunjukan arah jalan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib

MARANG - Sebagaimana yang kita sedia maklum, dipenghujung tahun kawasan-kawasan di Pantai Timur Semenanjung terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh. Penglibatan pihak berkuasa yang berkaitan telah mula membuat persiapan awal untuk menghadapinya. Puluhan ribu ringgit telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan demi untuk tujuan yang telah dipernyatakan.



Namun sebaliknya pula beberapa kawasan di Marang, Terengganu, rintihan serta kelohan masyarakat tidak dapat dielakkan demi untuk mengatasi masalah yang timbul terutamanya musim banjir atau hujan yang berterusan.



Sebuah penempatan penduduk dikawasan Kg. Seberang Marang, masalah yang menghantui oleh beberapa keluarga dikawasan tersebut adalah keadaan jalan yang menghubungi sejumlah keluarga ke jalan besar iaitu ke Jalan Kg. Darat Pak Chan dan ke jalan besar Sebarang Marang adalah sangat-sangat dhaif, berlubang-lubang serta ditenggelami air.




Salah seorang penduduk dikawasan terlibat ditemui En. Rosli memberitahu bahawa sudah tiga kali perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan, namun tiada sebarang tindakan diambil hinggalah ke hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...