Selasa, 20 September 2011

HUKUM HUDUD AKAN DILAKSANAKAN DI KELANTAN SEBELUM PILIHAN RAYA KE 13

Penjenayah yang dipotong tangan dan kaki

Pembohongan demi pembohongan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.  Berlebih-lebih lagi hampirnya pilihanraya ke 13, baru lah Pak Nik Aziz kelam kabut untuk melaksanakan hukum hudud demi untuk meraih undi dan juga sudah tiada perkara yang menarik perhatian untuk dibangkitkan. Slogan untuk melaksanakan hukum hudud timbul apabila menghampiri pilihan raya sepertimana yang berlaku pada tahun 2008.


Hingga ke hari ini kerajaan pemerintahan PAS Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hukum hudud yang digembar gemburkan.  Bahkan, negara Islam yang mana hudud adalah komponen utama bagi sistem perundangannya pada pandangan PAS, juga disahkan Hadi Awang sebagai tidak disebut dalam Al-Quran, sebaliknya yang disebut ialah negara berkebajikan.

Plot drama ini memang sudah dijangka, tidak pernah berubah dan akan kekal begitu untuk satu tempoh masa lagi. Walaupun Pakatan sentiasa bercakap tentang perubahan (termasuk mengubah bendera Malaysia dan mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan) tapi dari segi propaganda politik masih ‘tang’ itu juga.

PAS dan Pakatan Rakyat sememangnya tidak mampu untuk melaksanakannya, hanya pandai bercakap ditepi bibir saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...