Translate

25/09/2011

KANAK 6 TAHUN MENGIDAP PENYAKIT SYNDROM JATUH DARI BANGUNAN

Anak panah menunjukkan mangsa terjatuh daripada tingkat 6

Marang 24/09/2011 - Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun, Ahmad Safwan bin Shafik yang mengidap penyakit syndrom terjatuh dari tingkat 6, Perumahan Polis IPD Marang, Terengganu. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah keluar daripada rumahnya di tingkat 8 bersendirian tanpa pengetahuan kedua ibu/bapanya kira-kira jam 7.00 pagi.

Kedua-dua ibu/bapanya menyedari ketiadaan anaknya apabila diberitahu oleh seorang anggota polis wanita KPL Marina bahawa anaknya telah didapati terjatuh dari tangga tingkat atas ke bawah dan didapati telah meninggal dunia. Simati mendapat kecederaan dibahagian belakang kepala, patah dibahagian tangan dan kaki sebelah kiri.

Anak panah menunjukkan mayat mangsa ditemui terbaring

Mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahiran Kuala Terengganu untuk dibedah siasat. Kes disiasat dibawah Seksyen Mati Mengejut. Bapa simati KPL. Shafik bin Afandi reda diatas kematian anaknya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu, dimana jenazah telah dibawa pulang ke kampong nya di Kota Bharu, Kelantan untuk dikebumikan. Alfatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...