Isnin, 22 Ogos 2011

PANAS LAGI !!!!! NEGERI SERAMBI MEKAH (KELANTAN) PUSAT PENIPUAN INTERNET

Image Detail

KOTA BHARU 21 Ogos — Kes penipuan pembelian barangan menerusi Internet merupakan antara enam jenis jenayah komersial yang berlaku di Kelantan yang membabitkan kerugian hampir RM1 juta, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata kes itu melibatkan 30 kes dengan jumlah kerugian RM42,989 apabila pemesan barang melalui Internet tidak menerima barang yang telah mereka bayar.

Turut berlaku 65 kes di mana mangsa diperdaya melalui pujukan supaya menyerahkan nombor pin akaun bank mereka yang mana kes ini melibatkan kehilangan wang sebanyak RM196,745, katanya.



"Terdapat juga sindiket yang menipu wanita yang kesunyian melalui kenalan laman web sosial yang dikatakan bakal menerima hadiah berharga dari luar negara, tetapi telah ditahan oleh pihak kastam kerana tidak dibayar cukai.

"Mangsa diminta supaya membuat bayaran untuk menebus hadiah itu di mana mangsa akhirnya mendapati diri mereka tertipu.

"Kes-kes ini melibatkan kerugian RM260,950,” kata Mazlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 63 kes dengan kerugian sebanyak RM209,049 juga dilaporkan berlaku dengan mangsa diperdaya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya menebus hadiah peraduan yang kononnya mereka telah menangi.

Berlaku juga 13 kes yang membabitkan RM37,970 kerugian menerusi kewujudan laman web perbankan palsu yang meminta maklumat akaun bank melalui e-mel mangsa.

Mazlan berkata kes lain membabitkan 10 kes penyamaran anggota sindiket sebagai pegawai polis atau Bank Negara yang meminta mangsa memindah wang mereka ke dalam akaun yang diberikan, sekiranya tidak mahu wang simpanan mereka dibekukan.

Kes ini membabitkan kerugian RM199,568.

Beliau berkata kesemua kes penipuan itu berlaku dari bulan Januari sehingga Ogos tahun ini dan pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...