Translate

14/08/2011

NEGARA BERKEBAJIKAN PAS ??? - BHG IV

Pekan Marang Dahulu dan sekarang lebih kurang sama saja

Cakap tak serupa bikin, itulah ungkapan yang sering terdengar dimulut penduduk-penduduk disekitar Bandar/Pekan Marang yang selama ini inginkan pembaharuan yang dilakukan oleh DS Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang selama 7 (tujuh) penggal.

Warga Marang menganggap adakah DS Hadi tidak nampak ketandusan pembangunan yang tidak dapat dirasai oleh penduduk Marang???

Hanya terdengar laungan, ceramah sana, ceramah sini, tetapi di Marang jauh sekali apa yang diucapkan.  Elaun sebagai Ahli Parlimen yang diterima setiap bulan ribuan ringgit adakah bersesuaian dengan penugasan yang dijalankan untuk rakyat oleh DS Hadi.  Tidak kah itu haramnya namanya, menerima imbuhan sebagai Ahli Parliman Marang tetapi tidak dapat melakukan sesuatu. Sedarlah wahai DS Hadi dan bertaubatlah sebelum Tuhan memanggil kamu.

Nelayan-nelayan Marang hanya tinggal kenangan sahaja jika diharapkan bantuan daripada DS Hadi atau PAS.  Pembangunan yang ada meningkatkan taraf hidup nelayan Marang adalah sumbangan ikhlas daripada Kerajaan Negeri Terengganu dengan jalinan akrab Persatuan Nelayan dengan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Bangunan LKIM diperkemaskan lagi bagi memudahkan pendaratan ikan oleh nelayan pantai Daerah Marang yang 90 % adalah warga PAS. Bangunan tersebut telahpun siap dan akan dirasmikan oleh MB Terengganu dalam masa terdekat.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...