Kita tidak hairan kalau akhbar Harakah langsung tidak melaporkan berita di Sidang DUN Selangormengenai pengharaman menyebut nama YDP Agong dan Ng Sue Lim membaca hadith.
Kedua-dua insiden ini berakhir dengan Datuk Satim Diman yang mempersoalkan kelayakkan Ng Sue Lim untuk membaca hadis dan kegagalannya menjelaskan kesahihan riwayat hadis berkenaan,dijatuhkan hukuman.
Begitu juga dengan YB Shukor Idrus yang cuba memberi hujah balas terhadap usul yang dibawa olehNik Nazmi tentang BERSIH dan menyebut nama YDP Agong, telah juga dihukum.
Kebencian DAP terhadap Melayu/Islam terlalu mendalam dan tidak dapat dibendung lagi sehinggaterserlah secara nyata akhir-akhir ini. Baru beberapa minggu lepas, mereka menunjuk kebenciantersebut dengan enggan memakai pakaian adat dalam sidang DUN di Sarawak atas alasan iabercirikan Melayu dan Islam.
Dan ini pula kenyataan bekas PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas,Bayan Baru mengenai sifat chauvinis DAP dalam wawancara dengan AIDC:
“Bila Anwar Ibrahim tak ambil tindakan atas isu-isu ini. Isu Melayu, di mana kita nampak terserlahmasalah peniaga-peniaga Melayu, isu-isu agama, majlis perarakan Maulidur Rasul dia katadibatalkan. Bila kena serang, dia kata tak batal. Ini semua pembohongan.
Jadi bila perkara ini berlaku, Anwar masih tidak mahu menegur ataupun menyerang jauh sekalilah,tapi sepatutnya sebagai rakan kongsi, kita patut serang dia. Dia patut diserang, dikritik dengan teruksupaya dia sedar. Memperingat dia bahawa kita berkongsi kuasa, bukan you seorang yangmemerintah.
(Tapi) ini tak berlaku.
Bila kita bawa kepada Anwar, seperti saya kata, ucapan saya diremehkan. Diremehkan dan diamengatakan bahawa, tak apa, sabar..sabar, kita ada agenda lebih besar, so kita perlu sokonganGuan Eng. Itu yang disebarkan, yang diketengahkan.
Itu saya kata, tindakan saya bila saya serang Guan Eng. Bila saya serang Guan Eng atas tindak-tanduk dia terhadap PKR, terhadap orang Melayu, terhadap agama Islam. Bila saya bawa beberapakali yang isu-isu di Majlis tempatan dan sebagainya, dia tak endah, saya tegurlah, saya serang.
Tapi bila saya bawa isu ini, bukan saya diminta duduk semeja (untuk) berbincang, tapi (PKR) terusrujuk saya kepada Lembaga Dispilin”.
YB Zahrain telah meninggalkan PKR akibat mula meragui Anwar serta tidak dapat menerima cara‘perkongsian kuasa’ ala Pakatan Rakyat kerana jelas yang berkuasa hanyalah DAP. .
Selain dari apa yang berlaku yang melibatkan pemimpin atasan, sifat perkauman DAP sememangnyaterlalu jelas dalam layanan mereka terhadap rakyat jelata apabila kampung-kampung dan geraimelayu dan india diroboh tanpa banyak bicara tetapi kampung-kampung dan gerai cina tidak puladiganggu. Jika ada cadangan meroboh kampung cina, penduduk kampung akan dibawa berbincang,disediakan peguam dan diberi pertimbangan sebaiknya.
Inilah bayangan hidup sebenar di bawah Pakatan Rakyat. Iaitu dikuasai secara kukubesi oleh DAP.Tidakkah penyokong-penyokong pembangkang melihatnya? Apakah mereka rela, ditindassedemikian rupa? Suara dikongkong di parlimen, hak untuk mengkritik dan membincangkan isu jugaditutup. Tanah pula dirampas sesuka hati.
Sampai bila penyokong PAS dan PKR akan menyangka bahawa kekejaman DAP hanyalahpropaganda politik BN. Sedangkan, ia boleh dilihat dengan jelas, sejelas-jelasnya?
Oleh: Tarmizi Md. Jam