Translate

13/08/2011

KENAPA PERLU BERLEMBUT KDN / THE STAR ???


Hishammuddin Tidak Puas Hati Penjelasan The Star - KENAPA PERLU BERBINCANG ATAU BERLEMBUT... ISU SENSITIF BUKAN PERKARA BARU ????

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Jumaat berkata beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar The Star mengenai penyiaran artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Beliau berkata pihaknya telah memanggil Ketua Pengarang The Star Publication untuk memberi penjelasan berhubung artikel itu yang dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi telah memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan terhadap akhbar itu berikutan tindakan akhbar itu yang dianggap tidak sensitif dengan penyiaran artikel terbabit.

Akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Dalam sisipan dua hari lepas, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...