Translate

16/08/2011

Jakim Sahkan Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak Halal - Tindakan tegas perlu diambil keatas pengeluar




Sebulan lalu, orang ramai dikelirukan dengan isu terdapatnya DNA babi dalam mentega dari New Zealand, ‘Golden Churn Creamy Butter’. Kenyataan dari JAKIM pada 30 Jun lalu menyatakan tidak terdapat DNA babi dalam mentega ini sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Jun lalu mengesahkan mentega ini haram disebabkan adanya DNA babi. Kekeliruan berkaitan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ akhirnya terjawab apabila, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengikut portal Berita Harian pada 3 Ogos 2011 telah mengesahkan bahawa Golden Churn Creamy Butter ada mengandungi DNA babi dan ianya haram dimakan oleh umat Islam.

Kes mentega Golden Churn ini turut mendapat perhatian daripada pengusaha-pengusaha kek lapis di Sarawak. Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata kepada portal Berita Harian pada 3 Ogos 2011, “Kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu.” Ini berikutan orang ramai mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ‘Golden Churn Creamy Butter’ atau tidak selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi, menyebabkan ramai pembeli telah membatalkan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.

Turut memandang berat hal ini, Tn Hj. Dzulkefly Ahmad selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Gelang Patah, menasihatkan pembeli supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan terlebih dahulu bertanya kepada pengeluar kek atau biskut raya yang berada di pasaran sekarang berkaitan jenis mentega yang digunakan.

“Pembeli mahupun ejen pengeluar turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa menjual atau membeli apa jua jenis kek dan biskut di pasaran dikhuatiri termakan produk daripada DNA babi ini. Juga kepada para pembuat kek dan biskut raya menjelang Aidilfitri ini, masih banyak lagi pilihan mentega lain di pasaran yang lebih terjamin halal. Jadilah pengguna orang Islam yang menitik beratkan tentang makanan kita,” kata beliau.
APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA ???? BARU SEKARANG PERKARA INI TIMBUL ????  BERAPA BANYAK DAH.... ORANG ISLAM MAKAN KEK LAPIS TERSEBUT ?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...