Translate

16/08/2011

Anwar, Karpal dicabar panggil lapan saksi PENTING untuk bebaskan Anuar!!!!




KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguam belanya yang diketuai Karpal Singh dicabar memanggil semua lapan individu yang menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat, jika benar Ketua Pembangkang itu ikhlas memperjuangkan keadilan.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, semua lapan individu tersebut merupakan orang yang pernah mempunyai kaitan rapat dengan Anwar, sekali gus menjadikan mereka sebagai saksi yang relevan.







Katanya, langkah itu penting kerana mangsa liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sendiri ada menemui salah seorang yang menawarkan diri menjadi saksi iaitu Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor dan alasan sama diguna pakai Anwar untuk memanggil Perdana Menteri serta isteri.



Menurutnya, jika Anwar dan Karpal gagal serta enggan memanggil semua lapan individu tersebut, ia jelas membuktikan sikap sebenar ketua pembangkang itu sebagai political animalyang berniat untuk mempolitikkan kes liwat, bukannya mencari kebenaran.

"Saya cabar Anwar dan Karpal terima tawaran semua mereka. Mereka ini merupakan bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu dan mempunyai hubungan yang cukup rapat bukan sahaja dengan Anwar malah dengan Mohd. Saiful sendiri.

"Sudah tentu mereka ini kumpulan saksi yang relevan, yang mampu memberi fakta tepat bagi membantu mahkamah mencari keadilan. Pada saya, mereka ini jauh lebih relevan berbanding Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Datuk S. Nallakaruppan, Datuk Zulkifli Noordin, Mohamed Ezam, Wee Choo Keong, N. Gobalakrishnan, Anuar Shaari serta Muhamad Rahimi Osman menjadi saksi kes liwat Anwar.
Dalam pada itu, Mohd. Zahid berkata, langkah Anwar serta peguam belanya mengheret Perdana Menteri dan isteri dalam kes liwat itu sebenarnya bagi menutup ketakutan untuk membela diri dalam kandang tertuduh selain keengganan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...