Translate

24/08/2011

Empat Pelajar Rusia Didapati Bersalah Rogol Pelajar M'sia Di London

Image Detail
LONDON: Empat pemuda Rusia dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu mendaftarkan diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di sini akan berhadapan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar Malaysia yang belajar di kolej yang sama.
Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon canggih iPhone.

Mereka merogol pelajar Malaysia itu yang dipercayai mabuk akibat dibubuh sesuatu di dalam minumannya selama lebih dua jam setengah di kawasan kolej berkenaan selepas satu majlis berpesta.
Kolej swasta itu mengenakan yuran tahunan sehingga £30,000 (RM 146,000) ke atas para pelajarnya.
Menurut akhbar The Daily Mail, pelajar-pelajar Rusia itu yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, turut memberi komentar yang menjijikkan dan tanpa belas kasihan ke atas mangsa mereka termasuk merakamkan perbuatan mereka menerusi iPhone. Keempat-empat mereka, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan dakwaan merogol tetapi para juri di Mahkamah Crown Woolwich sebulat suara mendapati mereka bersalah kerana melakukan hubungan seks.
Pelajar perempuan dari Malaysia itu yang merupakan rakan sekolej dengan keempat-empat tertuduh turut menghadiri majlis pesta yang diadakan atas anjuran salah seorang daripada tertuduh.
Ketika para juri menyatakan keputusan mereka, keempat-empat tertuduh berdiri tanpa menunjukkan sebarang perasaan pun tetapi di galeri awam kelihatan beberapa orang ahli keluarga menangis.
Davtyan didapati bersalah atas dua tuduhan merogol, Melnikov atas kesalahan merogol dan percubaan untuk merogol, manakala Ivanov dan Simonyan kedua-duanya didapati bersalah atas satu kesalahan merogol.
Mereka kini ditahan reman sehingga hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...